Selamat Datang
ke Rick Resorts


Rick Resort adalah terletak di Teluk Intan, Perak, yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Mak Intan dan seterusnya, Teluk Anson.

Dengan sejarah sejak tahun 1877, Teluk Intan merupakan rumah kepada pelbagai penempatan yang dibina sepanjang Sungai Perak, sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Dikelilingi oleh angin yang dingin dan alam semula jadi, Rick Resort merupakan tempat yang sempurna untuk menjauhkan diri daripada kesibukan bandar dan untuk menikmati masa yang berkualiti bersama rakan-rakan dan keluarga anda. Di siang hari, anda boleh bersiar-siar ke tempat-tempat pelancongan mengunakan basikal; dan pada waktu senja, anda boleh berkumpul bersama rakan atau keluarga untuk makan malam BBQ.

Sama ada ia satu pertemuan romantik, parti hari jadi yang gembira, atau perhimpunan sekeluarga, pengalaman tinggal di Mongolia Yurt pasti akan membuat lawatan anda tidak dapat dilupakan.

Mengunjunglah kami hari ini!

Tempah Bilik

Tempat-tempat menarik

Servis
dan Piawaian

Fasilitasi kami adalah dibina daripada bahan-bahan gred teratas dengan sedikit rasa bandar kecil - yang bertujuan untuk membolehkan pengunjung-pengunjung mengasimilasi dan menikmati budaya Teluk Intan.


Interior Ekslusif

Pelbagai jenis bilik yang menarik untuk dipilih. Kami mempunyai bilik-bilik dengan kombinasi beranda, tingkap dan dewan yang berlainan. Untuk pengembara bajet, kami juga mempunyai bilik tanpa tingkap. Namun, Mongolian Yurts kami MESTILAH DICUBA!
home_hotel2_icon2

Pemandangan Sungai

Rick Resort adalah dibina di sebelah Sungai Perak. Suasana yang tenang dan senyap mungkin merupakan perkara yang anda cari.
home_hotel2_icon3

Ketenangan, Persahabatan & Keluarga

Rick Resort adalah tempat untuk menjauhkan diri daripada kehidupan bandar intensiti tinggi. Sementara tidak begitu terpencil daripada seluruh dunia (ya, anda masih boleh menggunakan telefon anda), anda boleh menngunakan masa dengan berkualiti bersama rakan-rakan dan keluarga. Yang penting sekali, masa yang berkualiti untuk diri sendiri.
home_hotel2_icon4

Wi-Fi Percuma

Benar-benar ingin menikmati pelancongan anda tetapi ada kerja-kerja penting untuk dibuat segera? Jangan risau, Rick Resorts menyediakan akses WiFi tanpa had kepada semua pelanggannya. 24/7, bekerja apabila anda perlu, berehat apabila anda rasa!
home_hotel2_icon5

Kolam Renang Dewasa & Kanak-kanak

Untuk keluarga dan rakan-rakan yang suka berenang, tetapi tidak rasa ia merupakan idea yang baik untuk berenang di Sungai Perak, malah tergoda juga. Kami mempunyai pilihan yang lebih selamat! Kami mempunyai kolam renang dewasa dan kanak-kanak untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza.
home_hotel2_icon6

Makanan & Pelancongan

Dengan pelbagai tarikan di Teluk Intan, pelawat mungkin ingin membuat lawatan ke bangunan ikonik dan tempat-tempat yang mempunyai pemandangan menarik. Dalam lawatan, anda mungkin akan mengetahui beberapa makanan yang sangat lazat yang pernah dipaparkan dalam berita dan portal.

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/rickreso/public_html/wp-includes/functions.php on line 3786